Tuesday, February 2, 2016

Decoder Njoi Rosak!! Bagaimana?

Kes kerosakan decoder njoi  sering kali diajukan ramai customer terhadap pihak astro untuk mencari jalan penyelesaian.Pelanggan njoi juga mahukan kepastian tentang tempoh warranty decoder serta bagaimana mereka perlu lakukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Kepada yang tak tahu lagi status warranty decoder njoi anda boleh rujuk dibawah

Terdapat 3 jenis decoder njoi yang astro keluarkan bermula pada tahun 2013 sehinggalah sekarang:-

  1. Decoder Njoi versi Decoder lama (Silver Refurbish)
  2. Decoder Njoi versi Decoder Beyond terpakai (Beyond Refurbish)
  3. Decoder Njoi versi Baru Beyond Zapper (New)

Status Warranty


Silver Refurbish

Decoder Njoi model silver (model lama)  tidak mempunyai tempoh warranty.Sebarang kerosakan selepas pemasangan adalah ditanggung oleh customer sendiri .Decoder njoi model silver (model lama) pada tahun pertama permulaan adalah diberikan secara percuma kepada customer terpilih melalui syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

Sekiranya berlaku kerosakan customer dikehendaki membaiki semula atau membeli decoder lain (model lama sahaja).Boleh dapatkan decoder dengan installer atau ejen-ejen astro berdekatan

Beyond Refurbish

Decoder Njoi model Beyond Refurbish dikeluarkan selepas decoder njoi silver,Sesiapa yang mahukan pemasangan decoder njoi beyond pada waktu ini dikehendaki membayar untuk set njoi & kos pemasangan. Rujuk harga terkini kos pemasangan njoi decoder dengan pihak astro atau ejen-ejen astro berdekatan anda.

Warranty untuk decoder ini adalah selama setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer sendiri.Decoder rosak perlu dibaiki,tidak boleh membeli decoder lain sebagai ganti decoder yang telah rosak.Jika masih lagi berminat untuk menggunakan perkhidmatan njoi,customer dikehendaki mendaftar baru serta membuat pembayaran baru.

Beyond Zapper ( Njoi Baru)

Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer.


Kesimpulannya disini,sekiranya anda pengguna decoder njoi beyond,njoi beyond zapper yang mengalami kerosakan decoder dan mendapati tempoh warranty dah pun melepasi tempoh expired,anda dikehendaki mengambil inisiatif sendiri untuk membaik pulih decoder tersebut.

Sekiranya decoder tersebut tak dapat dibaiki,anda tidak boleh mengantikannya atau membeli decoder lain sebagai ganti walaupun decoder tersebut sama jenis modelnya dikhuatiri berlaku permasalahan semasa proses pairing/activation. Penyelesaiannya , anda dikehendaki mendaftar baru semula sama seperti anda mula-mula register njoi,kena buat pembayaran seperti pelanggan njoi baru.


Astro Decoder Rosak ! Camna ni ??



“Decoder beyond mudah rosak walaupun baru aje dipasang” ..memang ada betulnya pernyataan kat atas tu. Aku pernah mengalaminya walaupun first time installer mai pasang kat umah aku,,,kenapa jadi camtu ?? lepas je daripada pasang dah activated 2 hari gambar xmuncul2 huhu..apa hal bro??

Mengikut pengkiraan installer tersebut mungkin kerosakan tersebut berpunca seperti dibawah :-

-         Decoder mugkin bertindih antara satu dengan yang lain kat tempat penyimpanan store.

-         Decoder mungkin terjatuh semasa pemunggahan daripada lori ke logistic (store) dan juga  semasa decoder diagihkan kepada installer untuk pemasangan.


-         Tempat penyimpanan stock decoder installer mungkin bermasalah menyebabkan decoder terdedah kepada air hujan atau sebagainya.

So.. Decoder Rosak Ada warranty tak ?

First time guna memang sure la ada warranty huhu..so Decoder aku yang rosak tu ditukar yang baru la Alhamdulillah lepas je tukar yang baru,semuanya ok & berfunction..berkenaan dengan warranty, aku ada jugakla  dimaklumkan yang decoder beyond ni warranty-nya seumur hidup kan,,betul ke?

Kenapa Ada Customer Kena Caj bila Decoder Beyond diorang Rosak ? Adaptor Rosak.

Sebab kerana :-

-         Dikenakan caj kerana Bil langganan Astro di bawah daripada Rm100.Setiap aduan kerosakan & service akan dikenakan Rm53.

-         Bil langganan Astro atas daripada Rm100 ,segala kerosakan adalah F.O.C free of charge.

Kalau rasa2 bil anda bayar bulan2 kat astro tu lebih daripada rm100,setiap kerosakan yang anda alami tu, call terus astro tanpa tunggu lama2..technician akan datang umah untuk service,service adalah foc.


Kalau bill bawah Rm100 plak,nak guna services astro sekarng kena bayar Rm53.Nak tukar adaptor beyond,decoder beyond,adjust signal segala apa jenis berkenaan beyond..ya anda akan dicaj Rm53.