Ok kat bawah ini saya sediakan cara atau langkah yang perlu diambil apabila anda ingin memindahkan piring astro ke rumah baru atau ke kediaman lain.Terdapat 2 pilihan,anda perlu membuat pilihan dan perlu memilih salah satu pilihan dibawah samada nak hubungi pihak astro atau installer (kontraktor pemasangan luar) bagi menyelesaikan masalah anda itu.
1- Pihak Astro
2- Installer berhampiran kawasan anda
Pihak Astro
Untuk memohon berpindah rumah (relocate dish) anda boleh memilih untuk pergi ke mana-mana pusat khidmat pelanggan atau hubungi pegawai khidmat pelanggan astro di 03-95438100.Anda juga boleh menghantar permohonan melalui portal layan diri (selfservices) <support Ticket> dan pilih Relocation
Langkah-langkah permohonan memindah piring astro
- Membuat permohonan untuk berpindah rumah
- Ejen daripada pihak astro akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam untuk membuat temu janji
- Pemasang akan ke rumah anda dan membuka piring satelit
- Semua set decoder beserta set piring perlula dibawa ke rumah baru anda
- Pemasang akan memasang semua dekoder dan piring satelit dirumah baru anda
Segala kos berpindah rumah (relocate dish) haruslah dijelaskan kepada pemasang setelah kerja selesai dilakukan. Caj perkhidmatan yang dikenakan hanyalah Rm150 caj tambahan mungkin akan dikenakan jika proses pemasangan memerlukan tambahan kabel atau peranti lain.
Kos Rm50 tanggal piring + Rm100 Pasang Semula = Total Rm150
Installer
Sekiranya anda ingin proses pemindahan piring satelit seberapa segera,anda bolehlah menghubungi installer berdekatan kawasan anda.Nombor telefon installer anda boleh dapatkan di google contoh:- "Installer astro kuantan" .
Kat situ anda boleh dapatkan no telefon installer,buat pengetahuan anda boleh memilih installer mana yang anda mahukan,ramai installer yang berdaftar diluar sana,terpulang kepada anda.
Setelah berjaya menhubungi pihak installer anda haruslah berbincang dengan installer berkenaan kos pemindahan (relocate dish),alamat rumah nak tanggal piring asal dan kediaman nak buat pemasangan semula.
Kos Anggaran Total (relocate dish) Rm150
Kalau nak jimatkan kos pemindahan (Relocate Dish)
Jika anda ingin jimatkan kos saya cadangan anda ikuti langkah-langkah dibawah.Kos anggaran Rm50-Rm60
Langkah pertama tanggalkan sendiri piring asal dirumah anda,tanggal terus tapak piring astro tanpa mencabut peranti-peranti lain yang terdapat pada piring satelit (Tanggal Seketul Terus).Pastikan kabel anda kemaskan atau gulung cantik-cantik supaya mudah nak pasang balik kat rumah baru.
Bawa set piring satelit dan dekoder tersebut ke rumah baru dan pasangkan balik set piring astro tersebut.Paku tapak piring astro dan tarik kabel astro (ok siap).
Anda mungkin tak dapat tengok rancangan tv astro seperti biasa disebabkan pemindahan piring astro ketempat baru,Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan signal level astro.Apabila anda bukak tv ia akan memaparkan status " services currently not available" menandakan tiada signal astro yang dapat di tangkap.
Ok kat sini la anda perlu keluarkan Rm50-rm60 untuk mengupah installer mendapatkan semula signal astro.Installer akan adjust semula piring satelite sehingga signal astro dapat di lock kembali.
Kos Anggaran Total (relocate dish) Rm50-Rm60