Wednesday, January 20, 2016

Bayar Astro Online


Pihak astro sentiasa mencari altenatif terbaru dalam meningkatkan perkhidmatan mereka,bukan sahaja berkaitan dengan pakej saluran,masalah kerosakan,proses pemasangan,proses pendaftaran bahkan proses pembayaran bil juga astro tetap menekankan dengan mempelbagaikan platfom atau kaedah pembayaran bil bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan mereka.

kalau dulu,pembayaran bil astro hanya boleh dilakukan di astro center,cawangan astro,ejen-ejen astro,pejabat pos tetapi sekarang outlet tempat pembayaran dah semakin bertambah dan anda tidak perlu lagi bimbang untuk menyelesaikan masalah bil astro anda.

Boleh dikatakan semua kawasan berhampiran anda sekarang ini dah ada tempat untuk anda membuat pembayaran bil astro.Tiada lagi alasan kelewatan membayar bil astro disebabkan masalah tiada tempat,tempat bayar bil jauh dan seumpamanya.

Bagi mereka yang tidak tahu berkenaan aturan langganan astro,sesiapa yang kelewatan membayar bil astro,melebihi tempoh bayaran atau dengan kata lain kelewatan membuat bayaran bil bulanan ,saluran anda akan disekat dan anda tidak dapat menikmati channel seperti biasa.Untuk kembali normal,anda dikehendaki menyelesaikan bil terlebih dahulu selepas itu ada dikehendaki menelefon pihak astro (operator) untuk proses penyambungan semula

Untuk pengetahuan anda dibawah ini saya ada sediakan beberapa tempat atau platform yang mana anda boleh membuat pembayaran bil astro.Setiap pembayaran yang dibuat akan diterima di sistem dalam tempoh 1-2 hari bekerja.Hanya pembayaran yang dibuat melalui tempat dibawah akan diterima pada hari yang sama

Bayar bil Astro secara Online

1. Portal Astro (selfservice.astro.com.my)
2. Agronet by Argobank
3. Public Bank online banking
4. Public Bank online banking
5. Cimb Click
6. Maybank2u by Maybank
7. ATX Malaysia

Bayar bil Astro secara offline

1. Pos Malaysia
2. 7-Eleven outlets
3. E-Pay outlets (Petronas,kedai runcit,ejen astro)
4. ATM  Bank machine
5. BSn ATM

Peringatan kepada anda sebagai pelanggan astro,kebiasaanya pihak astro akan menghantar bil bulanan terus kerumah anda setiap akhir bulan,Untuk makluman sekiranya anda dengan tiba-tiba tidak menerima bil astro atau anda ingin berpindah ke kediaman baru,sila la menghubungi pihak astro untuk tujuan pengemaskinian semula begitu juga dengan proses pertukaran alamat kediaman baru anda didalam bil Astro.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakan perkara yang tidak dingini berlaku kepada pihak anda dan pihak astro dikemudian hari.




1 comment:

  1. salam .. nk tanya klu kite buat pembayaran melalu bsn online banking mcm mana pulak ye ? tq

    ReplyDelete