Sunday, January 31, 2016

Caj Pemasangan Astro



CAJ PEMASANGAN ASTRO

Berapakah kos pemasangan Astro ni bro?? kos permulaan pemasangan ,kos pemasangan semula bila mana berpindah ke rumah baru berapa kosnya ?

Kos untuk pemasangan astro ada 2 kategori iaitu :-

1-     kos pemasangan baru 
2-     kos pemasangan untuk pindah rumah.(pasang semula)

Kos pemasangan baru

Pertama sekali ,bagi mereka yang ingin membuat pemasangan baru yang mana kali pertama nak langgan astro,anda terlebih dahulu perlu memilih serta membuat keputusan apakah pakej saluran channel yang ingin dilanggan.

Setiap pakej saluran channel mempunyai harga tertentu anda boleh merujuk template yang disediakan oleh pihak astro dan juga boleh google untuk mencari maklumat terkini berkenaan pakej astro terbaru,selepas itu barulah anda membuat pendaftaran.

Nak lagi mudah anda boleh hubungi secara terus pegawai customer services Astro di talian 03 9543 3838.Manakala bagi mereka yang ingin mendaftar njoi pula boleh call di talian 03 9543 8100

Selepas pendaftaran,anda perlu menunggu dalam tempoh satu minggu untuk proses pendaftran selesai,installer astro akan menghubungi anda untuk proses pemasangan.Kos pemasangan baru biasanya dalam rm100.

Setelah selesai pemasangan,installer akan collect rm100 upah/ kos pemasangan,sebarang kerosakan anda boleh call secara terus installer tersebut selagi tempoh warranty belum tamat.

kos pemasangan untuk pindah rumah.(pasang semula)

Bukan ke Free kos untuk pemasangan semula bagi kes pindah rumah ??

Ok sebelum menjawab persoalan tu.. kalian kena tahu  kerja-kerja pemasangan Astro ni biasanya dilakukan oleh installer – installer yang dilantik oleh pihak astro untuk melakukan kerja-kerja sebegini termasuk juga technician2 daripada syarikat kontraktor berdaftar.

Kos Pemasangan Semula – Pindah rumah (pindah piring satelit set astro)

Sekiranya anda mempunyai kes sebegini ,eloklah anda membuat aduan kepada
pihak astro biar diorang yang uruskan.Segala proses tanggal piring dari rumah
asal sehinggalah pemasangan semula complete diorang akan buat samada installer
astro atau techinician diorang yang datang buat.

Kos dalam Rm150.Rm50 tanggal piring rumah asal dan Rm100 pasang semula set piring kat umah baru


No comments:

Post a Comment