Showing posts with label test. Show all posts
Showing posts with label test. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

Caj Pemasangan Astro



CAJ PEMASANGAN ASTRO

Berapakah kos pemasangan Astro ni bro?? kos permulaan pemasangan ,kos pemasangan semula bila mana berpindah ke rumah baru berapa kosnya ?

Kos untuk pemasangan astro ada 2 kategori iaitu :-

1-     kos pemasangan baru 
2-     kos pemasangan untuk pindah rumah.(pasang semula)

Kos pemasangan baru

Pertama sekali ,bagi mereka yang ingin membuat pemasangan baru yang mana kali pertama nak langgan astro,anda terlebih dahulu perlu memilih serta membuat keputusan apakah pakej saluran channel yang ingin dilanggan.

Setiap pakej saluran channel mempunyai harga tertentu anda boleh merujuk template yang disediakan oleh pihak astro dan juga boleh google untuk mencari maklumat terkini berkenaan pakej astro terbaru,selepas itu barulah anda membuat pendaftaran.

Nak lagi mudah anda boleh hubungi secara terus pegawai customer services Astro di talian 03 9543 3838.Manakala bagi mereka yang ingin mendaftar njoi pula boleh call di talian 03 9543 8100

Selepas pendaftaran,anda perlu menunggu dalam tempoh satu minggu untuk proses pendaftran selesai,installer astro akan menghubungi anda untuk proses pemasangan.Kos pemasangan baru biasanya dalam rm100.

Setelah selesai pemasangan,installer akan collect rm100 upah/ kos pemasangan,sebarang kerosakan anda boleh call secara terus installer tersebut selagi tempoh warranty belum tamat.

kos pemasangan untuk pindah rumah.(pasang semula)

Bukan ke Free kos untuk pemasangan semula bagi kes pindah rumah ??

Ok sebelum menjawab persoalan tu.. kalian kena tahu  kerja-kerja pemasangan Astro ni biasanya dilakukan oleh installer – installer yang dilantik oleh pihak astro untuk melakukan kerja-kerja sebegini termasuk juga technician2 daripada syarikat kontraktor berdaftar.

Kos Pemasangan Semula – Pindah rumah (pindah piring satelit set astro)

Sekiranya anda mempunyai kes sebegini ,eloklah anda membuat aduan kepada
pihak astro biar diorang yang uruskan.Segala proses tanggal piring dari rumah
asal sehinggalah pemasangan semula complete diorang akan buat samada installer
astro atau techinician diorang yang datang buat.

Kos dalam Rm150.Rm50 tanggal piring rumah asal dan Rm100 pasang semula set piring kat umah baru


Warranty Adaptor Astro

Warranty Decoder Beyond - Warranty Adaptor Astro


“Decoder beyond mudah rosak walaupun baru aje dipasang” ..memang ada betulnya pernyataan kat atas tu. Aku pernah mengalaminya walaupun first time installer mai pasang kat umah aku,,,kenapa jadi camtu ?? lepas je daripada pasang dah activated 2 hari gambar xmuncul2 huhu..apa hal bro??

Mengikut pengkiraan installer tersebut mungkin kerosakan tersebut berpunca seperti dibawah :-

-         Decoder mugkin bertindih antara satu dengan yang lain kat tempat penyimpanan store.

-         Decoder mungkin terjatuh semasa pemunggahan daripada lori ke logistic (store) dan juga  semasa decoder diagihkan kepada installer untuk pemasangan.


-         Tempat penyimpanan stock decoder installer mungkin bermasalah menyebabkan decoder terdedah kepada air hujan atau sebagainya.

So.. Decoder Rosak Ada warranty tak ?

First time guna memang sure la ada warranty huhu..so Decoder aku yang rosak tu ditukar yang baru la Alhamdulillah lepas je tukar yang baru,semuanya ok & berfunction..berkenaan dengan warranty, aku ada jugakla  dimaklumkan yang decoder beyond ni warranty-nya seumur hidup kan,,betul ke?

Kenapa Ada Customer Kena Caj bila Decoder Beyond diorang Rosak ? Adaptor Rosak.

Sebab kerana :-

-         Dikenakan caj kerana Bil langganan Astro di bawah daripada Rm100.Setiap aduan kerosakan & service akan dikenakan Rm53.

-         Bil langganan Astro atas daripada Rm100 ,segala kerosakan adalah F.O.C free of charge.

Kalau rasa2 bil anda bayar bulan2 kat astro tu lebih daripada rm100,setiap kerosakan yang anda alami tu, call terus astro tanpa tunggu lama2..technician akan datang umah untuk service,service adalah foc.


Kalau bill bawah Rm100 plak,nak guna services astro sekarng kena bayar Rm53.Nak tukar adaptor beyond,decoder beyond,adjust signal segala apa jenis berkenaan beyond..ya anda akan dicaj Rm53.

Wednesday, January 20, 2016

Astro Beyond Power Adaptor


Bayar Astro Online


Pihak astro sentiasa mencari altenatif terbaru dalam meningkatkan perkhidmatan mereka,bukan sahaja berkaitan dengan pakej saluran,masalah kerosakan,proses pemasangan,proses pendaftaran bahkan proses pembayaran bil juga astro tetap menekankan dengan mempelbagaikan platfom atau kaedah pembayaran bil bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan mereka.

kalau dulu,pembayaran bil astro hanya boleh dilakukan di astro center,cawangan astro,ejen-ejen astro,pejabat pos tetapi sekarang outlet tempat pembayaran dah semakin bertambah dan anda tidak perlu lagi bimbang untuk menyelesaikan masalah bil astro anda.

Boleh dikatakan semua kawasan berhampiran anda sekarang ini dah ada tempat untuk anda membuat pembayaran bil astro.Tiada lagi alasan kelewatan membayar bil astro disebabkan masalah tiada tempat,tempat bayar bil jauh dan seumpamanya.

Bagi mereka yang tidak tahu berkenaan aturan langganan astro,sesiapa yang kelewatan membayar bil astro,melebihi tempoh bayaran atau dengan kata lain kelewatan membuat bayaran bil bulanan ,saluran anda akan disekat dan anda tidak dapat menikmati channel seperti biasa.Untuk kembali normal,anda dikehendaki menyelesaikan bil terlebih dahulu selepas itu ada dikehendaki menelefon pihak astro (operator) untuk proses penyambungan semula

Untuk pengetahuan anda dibawah ini saya ada sediakan beberapa tempat atau platform yang mana anda boleh membuat pembayaran bil astro.Setiap pembayaran yang dibuat akan diterima di sistem dalam tempoh 1-2 hari bekerja.Hanya pembayaran yang dibuat melalui tempat dibawah akan diterima pada hari yang sama

Bayar bil Astro secara Online

1. Portal Astro (selfservice.astro.com.my)
2. Agronet by Argobank
3. Public Bank online banking
4. Public Bank online banking
5. Cimb Click
6. Maybank2u by Maybank
7. ATX Malaysia

Bayar bil Astro secara offline

1. Pos Malaysia
2. 7-Eleven outlets
3. E-Pay outlets (Petronas,kedai runcit,ejen astro)
4. ATM  Bank machine
5. BSn ATM

Peringatan kepada anda sebagai pelanggan astro,kebiasaanya pihak astro akan menghantar bil bulanan terus kerumah anda setiap akhir bulan,Untuk makluman sekiranya anda dengan tiba-tiba tidak menerima bil astro atau anda ingin berpindah ke kediaman baru,sila la menghubungi pihak astro untuk tujuan pengemaskinian semula begitu juga dengan proses pertukaran alamat kediaman baru anda didalam bil Astro.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakan perkara yang tidak dingini berlaku kepada pihak anda dan pihak astro dikemudian hari.




Friday, June 19, 2015

Pindah Astro ke Rumah Baru


Bagaimanakah cara  nak pindahkan piring astro ke rumah baru .Bagaimanakah pula dengan caj atau kos untuk kerja-kerja permindahan tersebut seperti kerja mencabut piring rumah asal lepastu proses nak pasang balik kat rumah baru.Anda mungkin tertanya-tanya juga kepada siapa yang perlu dan sepatutnya  saya hubungi.

Ok kat bawah ini saya sediakan cara atau langkah yang perlu diambil apabila anda ingin memindahkan piring astro ke rumah baru atau ke kediaman lain.Terdapat 2 pilihan,anda perlu membuat pilihan dan perlu memilih salah satu pilihan dibawah samada nak hubungi pihak astro atau installer (kontraktor pemasangan luar) bagi menyelesaikan masalah anda itu.

1- Pihak Astro
2- Installer berhampiran kawasan anda

Pihak Astro

Untuk memohon berpindah rumah (relocate dish) anda boleh memilih untuk pergi ke mana-mana pusat khidmat pelanggan atau hubungi pegawai khidmat pelanggan astro di 03-95438100.Anda juga boleh menghantar permohonan melalui portal layan diri (selfservices) <support Ticket> dan pilih Relocation

Langkah-langkah permohonan memindah piring astro

  • Membuat permohonan untuk berpindah rumah
  • Ejen daripada pihak astro akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam untuk membuat temu janji 
  • Pemasang akan ke rumah anda dan membuka piring satelit
  • Semua set decoder beserta set piring perlula dibawa ke rumah baru anda
  • Pemasang akan memasang semua dekoder dan piring satelit dirumah baru anda

Segala kos berpindah rumah (relocate dish) haruslah dijelaskan kepada pemasang setelah kerja selesai dilakukan. Caj perkhidmatan yang dikenakan hanyalah Rm150 caj tambahan mungkin akan dikenakan jika proses pemasangan memerlukan tambahan kabel atau peranti lain.

Kos Rm50 tanggal piring + Rm100 Pasang Semula = Total Rm150

Installer

Sekiranya anda ingin proses pemindahan piring satelit seberapa segera,anda bolehlah menghubungi installer berdekatan kawasan anda.Nombor telefon installer anda boleh dapatkan di google contoh:- "Installer astro kuantan" .

Kat situ anda boleh dapatkan no telefon installer,buat pengetahuan anda boleh memilih installer mana yang anda mahukan,ramai installer yang berdaftar diluar sana,terpulang kepada anda.

Setelah berjaya menhubungi pihak installer anda haruslah berbincang dengan installer berkenaan kos pemindahan (relocate dish),alamat rumah nak tanggal piring asal dan kediaman nak buat pemasangan semula.

Kos Anggaran Total (relocate dish) Rm150

Kalau nak jimatkan kos pemindahan (Relocate Dish)

Jika anda ingin jimatkan kos saya cadangan anda ikuti langkah-langkah dibawah.Kos anggaran Rm50-Rm60

Langkah pertama tanggalkan sendiri piring asal dirumah anda,tanggal terus tapak piring astro tanpa mencabut peranti-peranti lain yang terdapat pada piring satelit (Tanggal  Seketul Terus).Pastikan kabel anda kemaskan atau gulung cantik-cantik supaya mudah nak pasang balik kat rumah baru.

Bawa set piring satelit dan dekoder tersebut ke rumah baru dan pasangkan balik set piring astro tersebut.Paku tapak piring astro dan tarik kabel astro (ok siap).

Anda mungkin tak dapat tengok  rancangan tv astro seperti biasa disebabkan pemindahan piring astro ketempat baru,Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan signal level astro.Apabila anda bukak tv ia akan memaparkan status " services currently not available" menandakan tiada signal astro yang dapat di tangkap.

Ok kat sini la anda perlu keluarkan Rm50-rm60 untuk mengupah installer mendapatkan semula signal astro.Installer akan adjust semula piring satelite sehingga signal astro dapat di lock kembali.

Kos Anggaran Total (relocate dish) Rm50-Rm60